Pengenalan...

Syukurlah, setelah sekian lama, akhirnya batch Cavaliers 0408 berjaya mempunyai blog sendiri. Salah satu tujuan blog ini dicipta adalah sebagai tempat untuk semua ahli batch Cavaliers 0408 berkongsi kisah suka-duka kenangan mereka di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS). Selain itu, jika ada terdapat sebarang pengumuman yang perlu disebarkan kepada semua ahli batch, bolehlah diumumkan di blog ini.

Di blog ini juga, ada diletakkan link ke blog-blog persendirian ahli batch ini. Jika terdapat mana-mana ahli batch yang masih belum diletakkan link ke blog mereka, dipersilakan memberitahu pengurus blog ini.

Sebagai permulaan, para pembaca akan didedahkan sedikit pengenalan mengenai batch ini. Cavaliers 0408 merupakan nama bagi batch pelajar di SEMSAS pada tahun 2004 sehinggalah 2008. Pelajar-pelajar batch ini sudah pun selesai menduduki SPM pada tahun lepas(2008), bermakna mereka kini sudah menjadi bekas pelajar SEMSAS.

Kemudian, kita akan menyentuh pula tentang progress bebudak batch buat masa ini. Terdapat sebilangan rakan-rakan yang masih belum menghabiskan latihan PLKN. Bagi yang tidak terlibat dengan PLKN, ada yang duduk sahaja termanggu-manggu di rumah, tidak kurang juga yang menceburi bidang perniagaan dengan bekerja di pasaraya terkemuka seperti Parkson, East Coast Mall, dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga rakan yang menjadi surirumah, membasuh baju, mencuci pinggan, apatah lagi yang mengambil upah menjadi baby sitter. Yang bekerja di stesen minyak pun ada, di samping mereka yang mengikuti kelas mengambil lesen memandu kereta.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat ahli batch kita yang menggunakan kesempatan yang ada dengan mengembara ke merata tempat untuk bertemu semula dengan rakan-rakan satu batch yang sedang berada di tempat masing-masing. Ada juga yang menggunakan masa lapang untuk menziarahi semula SEMSAS dan bertemu dengan guru-guru serta warden asrama.

Baiklah, sekian sahaja buat masa ini. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam penulisan ini, harap dapat dimaafkan. Sebarang teguran, cadangan atau komen amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog ini. Bertemu lagi kita pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.